Sewaktu
keinginan yang mendalam untuk bernikah bertandang di hati, kalian anak muda
perlu berjuang. Ya, bukan sekadar berusaha, tapi berusaha dengan penuh perjuangan dan
kesungguhan untuk menjaga iman dan kehormatan. Berjuang untuk
merealisasikan perancangan pernikahan.
Dan dalam masa
yang sama pula, syaitan juga turut sama akann berjuang mengagalkan niat kita
menghalalkan hubungan, kerana syaitan amat suka dengan kemesraan (kemaksiatan)
waktu berpacaran.
Jika telah
habis cara dan idea untuk memasuki gerbang pernikahan, apakah pilihan yang kita
ada...?
Juga berjuang.
Berjuang dan bermujahadah menjaga kehormatan diri samada dengan berpuasa dan
pelbagai cara yang munasabah selagimana ianya dapat mengelakkan diri daripada
terjerumus di dalam kehinaan tipudaya syaitan. Namun, tetaplah juga
bersangka baik dengan Allah, Allah akan memakbulkan doamu pada waktu yang
tepat. Teruslah mengisi masa mencari ilmu, beramal, membangun peribadi seorang
hamba dan khalifah yang mukmin.
Pada yang telaz
melafaz nikah, kini kalian telah menjejak alam pernikahan, yang dahulunya
terdorong bernikah kerana ingin menjaga kebersihan hati dan
perasaan. Namun, kita terlepas pandang, rupa-rupanya satu bahagian hati
terjaga, tapi bahagian hati yang lain masih berperang...
Kita terlupa
seketika, ' peperangan' dalam jiwa itu selalu ada...hingga akhir hayat. Selalu
kena bermujahadah, di dalam dan di luar pernikahan. Jika dahulu kita hanya
menjaga hati sendiri, tetapi setelah lafaz nikah terlafaz, banyak pula hati
lain yang perlu dijaga
... jaga hati
suami,
... hati
mertua,
.. hati ipar
duai,
...hati
teman-teman yang masih bujang
Saat itu hati
telah pun 'terjaga', dan punya teman hidup yang setia, namun ke mana kita
hendak bawa pernikahan itu? Adakah Setakat itu sajakah?
Dulu yang saya
'belajar' dari novel-novel cinta, jua romantic movies, banyaknya
seperti itulah... 'berjuang' untuk merebut atau
mempertahan cinta si dia, dan kemudian 'live happily ever after'.
Andai ada datang masalah.. ya, 'cinta kita' akan
kuat untuk menempuh badai gelombangnya. Demikianlah kisah-kisah cinta yang
banyak termuat di dalam novel-novel cinta yang mempersona lahirnya.
Tapi alhamdulillah setelah sedikit sebanyak kita belajar dari buku
penerang dan petunjuk dari ALLAH – Al Quran- saya mula nampak bagaimana
pernikahan saya dan kita akan memberi kesan pada suasana politik antarabangsa
dan bagaimana ia akan mempengaruhi iklim dunia.
Wah begitu
sekali kah?
Ya. Pernikahan
kita bukan berkisar pada gelora jiwa kita sahaja. Ia adalah bagaimana kita
memanfaatkan seluruh nikmat dan potensi yang Allah kurniakan untuk cemerlang
sebagai hamba dan Khalifah.
Dan 'cinta suci
kita' sahaja tidak cukup untuk mempertahankan rumahtangga, apatah lagi untuk
pernikahan kita itu memberi nilai tambah pada ummah.
Bagaimana?
Pernikahan
yang membangunkan potensi individu
Dulunya, antara
niat saya, moga pernikahan yang menyatukan saya dan suami ini tidak lain
menjadi wasilah untuk kami menjadi hamba-hamba Allah yang lebih baik, lebih
bersungguh mencari keredaan dan keampunanNya.
Namun masa yang
berlalu, saya mula berfikir. Kesenangan dan kesulitan yang ALLAH datangkan ke
dalam rumahtangga ini, adakah benar-benar meningkatkan keperibadian kita
seorang insan?
Apa khabar
dengan ilmu kita tentang Allah dan Islam?
Akhlak kita
masih di takuk lama atau banyak yang sudah digilap?
Sejauh mana
kesungguhan kita memuhasabah dan memperbaiki diri kita dalam melunaskan hak
pasangan?
Adakah makin bersemangat untuk beramal soleh dan
istiqamah dengannya?
Adakah
pernikahan ini benar-benar membawa kita menggantungkan hati dan memperhambakan
diri padaNya?
Inilah
persoalan yang perlu saya dan kalian jawab, jika benar pernikahan bukan tujuan
kehidupan, tapi satu medan besar meningkatkan kesabaran dan ketaqwaan.
Pernikahan
yang membangunkan potensi keluarga
Saya dulu tidak
terlalu memikirkan soal anak, dan malah saya rasa tidak matang untuk jadi
ibu walau jauh di sudut hati, saya ingin melahirkan generasi yang dicintai
Allah. Sedar-sedar, dengan izin Allah saya dikurniakan seorang anak yang
rasanya begitu pantas membesar. Apa perancangan saya untuk mencorakkan
kehidupan anak ini? Bukan kah dia juga kelak ditaklifkan untuk beribadah dan
memimpin ummah ke jalan Allah?
Lantas, tiada
ada cara lain, saya dan suami harus menyuburkan ilmu dan iman. Agar anak-anak ini turut membesar dalam suasana
yang mengenal hakikat kehidupan, mengenal amanah yang datang dengan segala
nikmat pemberian tuhan.
Karakter dan pembawaan dirinya akan banyak sekali
ditentukan oleh persekitaran yang dicorakkan kami ibu bapanya dan orang-orang
terdekat dengannya.
Jika dulu saya bersetuju, bahawa mereka yang
bernikah jangan sekadar fikir sampai ke pelamin, tapi hingga ke lampin
(anak-anak). Kini saya ingin mengembangkannya, harus kita fikirkan,
pernikahan kita yang baru bermula ini, bagaimanakah kelak akan membantu
anak-anak kita membina pernikahan yang penuh sakinah, rahmah wa mawaddah?
Pernikahan yang membangunkan ummah
Ummah ini mampu hebat jika setiap keluarga
benar-benar menerapkan islam
sebagai a way of life. Suami isteri yang berusaha
memahami petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, pastinya akan berusaha untuk
mengukir keluarga dengan acuan Islam yang syumul.
Adakah
pernikahan kita, keluarga yang kita bina, menjadi batu-bata yang menguatkan
bangunan Islam?
Mungkin kita
sendiri masih mencari ilmu, kita juga masih kabur keluarga bagaimana yang Islam
kehendaki, ....tidak mengapa, langkah yang kita mulakan perlahan-lahan ini,
mudah-mudahan mendorong anak-anak untuk kelak sama-sama mendalami ilmu Allah.
Mungkin kita
sendiri masih banyak kelemahan akhlak yang perlu diperbaiki> Maka ayuh temanku,
kita berganding bahu mencantikkan diri dengan akhlak islami, sebagai ibu bapa,
sebagai isteri atau suami, kita saling mendoakan agar insan-insan
tersayang turut berada dalam petunjuk tuhan.
Mudah-mudahan
dengan terbinanya keluarga yang berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup
akan melahirkan generasi ummah yang madaniah pada masa mendatang. InsyaAllah
Pernikahan
yang membangunkan mahligai di syurga
Rasul SAW
berpesan agar kita selalu berhubung dengan ALLAh SWT, hati yang zikrullah dalam
banyak keadaan, boleh memberi kebahagiaan di dunia dan di syurga.
Syurga itu
mungkin terlalu jauh untuk kita harapkan dengan banyaknya kelemahan dan
kesilapan kita. Namun, usah sekali-kali kita berputus asa dari rahmat Tuhan.
Kita mungkin selalu tewas oleh godaan syaitan dan hambatan nafsu dan perasaan,
namun sentiasa ada ruang taubat dan kembali pada tuhan.
Khadijah,
Fatimah, Asiah dan Maryam.. keimanan dan kecantikan akhlak mereka ayuh kita
jadikan teladan. Mereka penghuni syurga, maka merekalah contoh terbaik untuk
diikuti bersama. Kepada para suami, sesungguhnya sebaik-baik suami adalah
Rasulullah SAW sendiri. Maka contohilah baginda dalam mengurusi keluarga yang
tersedia.
Jika kita
gembira bahagia dengan pasangan hidup yang Allah takdirkan dengan kita waktu
ini, bersyukurlah dengan terus lah mentaatiNya. Berdoa lah agar kemanisan ini
bersambung di taman syurga sana.
Jika kita
berduka lara dengan jodoh yang ditetapkan Allah, berusaha lah lakukan perbaikan
di ruang yang ada. Dan rawatlah hati-hati itu dengan kesabaran dan keimanan
yang sebenar-benarnya. Moga ia menjadi asbab juga untuk kita memperoleh
pasangan sempurna di syurga...
Justeru,
bernikahlah, raikan fitrah yang indah, bangunkan ummah dengan terus mencari
ilmu dan redha Allah kerana di situ lah arah perkahwinan ini terbina.
Adakah Dia Milikku?
Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabarlah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya.
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.
Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah! Janji Allah itu pasti benar.
Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.
Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah para sahabat yang membaca artikel ini akan saya doakan juga supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak. Amin
Aku belajar menjadi budak yang matang menilai erti kehidupan kerana keanak-anakkan hanya bisa menjadikan aku berfikir dalam ruangku dan menyesakkan nafasku menghadapi ujian kehidupan,
aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun usiaku masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan
aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu semangat yang kuat kerana putus asa hanya akan memimpinku ke binasa yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa,
aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akan hadir kerana aku menyakini janjiNya,
aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuanNYa dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanya insan biasa,
masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini
aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun usiaku masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan
aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu semangat yang kuat kerana putus asa hanya akan memimpinku ke binasa yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa,
aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akan hadir kerana aku menyakini janjiNya,
aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuanNYa dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanya insan biasa,
masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini
Rujukkan
Aku Islam
Usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodohmu, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan buatmu, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.
namun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian.
oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.
berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..
salam sayang~
Rujukkan dari Aku Islam
namun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian.
oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.
berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..
salam sayang~
Rujukkan dari Aku Islam
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.
YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.
YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN
RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Sumber Google
Sudah terlalu banyak
Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku
Tuhan ampuni aku
Berlinang air mata
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku
Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku
Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik
Di jalan ridho-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik
Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu
Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku
Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku
Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu
Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu