MUHASABAH HATI

 Aku belajar menjadi budak yang matang menilai erti kehidupan kerana keanak-anakkan hanya bisa menjadikan aku berfikir dalam ruangku dan menyesakkan nafasku menghadapi ujian kehidupan,


aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun usiaku masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan

aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu semangat yang kuat kerana putus asa hanya akan memimpinku ke binasa yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa,

aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akan hadir kerana aku menyakini janjiNya,

aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuanNYa dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanya insan biasa,

masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini





Rujukkan 
Aku Islam

You Might Also Like

0 comments